Penyebab Lutut Sakit Di Usia Muda

Anda mencari punca penyebab lutut sakit di usia muda? Di sini kami kongsikan salah satu penyebab lutut sakit di usia muda. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang penyebab lutut sakit di usia muda, baca perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

 

 

 

 

Penyebab Lutut Sakit Di Usia Muda

Beberapa dekad yang lalu, sakit lutut sering dikaitkan dengan masalah penuaan.

Ia dianggap sebagai penyakit yang biasa dihidapi oleh orang tua sahaja.

Sungguhpun begitu, pada masa kini semakin ramai orang yang berusia muda mengadu mengalami masalah sakit lutut.

Ini disebabkan oleh gaya hidup dan juga diet yang tidak sihat yang banyak diamalkan oleh masyarakat sekarang.

Tidak semua masalah sakit lutut berpunca daripada arthritis.

Walaupun tiada umur tertentu sakit lutut boleh berlaku, ramai orang yang berusia muda baik lelaki mahupun perempuan mengadu mengalami masalah sakit lutut pada masa sekarang.

Ini agak membimbangkan apabila ia dikaitkan sebagai permulaan kepada masalah arthritis, lebih-lebih lagi jika ada sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini.

[BACA JUGA : Jenis Sakit Lutut : Ketahui 4 Jenis-jenis Sakit Lutut Yang Biasa Dihidapi]

 

Patellofemoral Pain Sindrome

Dalam terma perubatan, masalah ini dikenali sebagai sindrom sakit patellofemoral (patellofemoral pain sindrome).

Ini berlaku apabila kepala lutut (patella) dan kartilaj dalam sendi terkesan daripada ketidakseimbangan otot yang mengelilingi lutut.

anatomi lutut

Semua sendi dalam badan manusia mempunyai lapisan licin yang dipanggil kartilaj.

Sendi lutut terbina daripada hujung bawah tulang peha, hujung atas tulang kaki dan kepala lutut yang terletak pada alur di bahagian bawah tulang peha.

Sakit lutut selalu dirasai apabila menaiki tangga atau duduk terlalu lama di atas kerusi.

 

Punca

Punca sindrom ini masih lagi tidak diketahui dan dipercayai disebabkan oleh pelbagai faktor.

Sebab itu ia dilabelkan sebagai sindrom, bukan penyakit.

Adalah dipercayai ia mungkin disebabkan oleh kelemahan atau ketidakseimbangan otot yang berada di hadapan dan belakang peha.

 

Diagnosis

Untuk mengesahkan masalah penyebab lutut sakit di usia muda, anda perlu berjumpa dengan pakar ortopedik yang akan melakukan pemeriksaan ke atas lutut di klinik pesakit luar.

Anda mungkin diminta untuk mengetatkan otot peha (quadriceps) sementara doktor akan memegang kepala lutut anda.

Kesakitan akan dirasai pada peringkat ini. Tanda kebengkakan akan boleh dilihat secara jelas atau tidak ketara.

Sangat jarang ujian darah perlu dijalankan tetapi kadang kala perlu dilakukan untuk sebarang kemungkinan.

Ujian X-ray tidak banyak membantu disebabkan ia tidak boleh menunjukkan keadaan kartilaj.

Pengimejan resonans magnetik (MRI) boleh dilakukan jika simptom-simptom masih berterusan atau untuk mengesan penyebab-penyebab lain.

Rawatan Penyebab Lutut Sakit Di Usia Muda

Sakit lutut selalunya akan baik sendiri tanpa memerlukan rawatan khusus.

Ia mungkin mengambil masa untuk simptom sakit lutut itu hilang.

Secara umumnya, ia boleh dikawal dengan pengambilan ubat-ubatan tahan sakit atau menjalani fisioterapi dan senaman untuk menguatkan otot di bahagian hadapan peha, belakang peha dan dalam bahagian peha.

Ini mungkin mengambil masa 2 atau 3 bulan untuk sembuh dengan senaman yang betul di bawah penyeliaan juruterapi fisio yang bertauliah dan dalam pengawasan doktor.

 

Suplemen Sakit Lutut

Jika anda mencari suplemen atau makanan tambahan untuk membantu merawat masalah ini, kami sangat mengesyorkan produk ISila.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sakit sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Telah kami kongsikan salah satu kemungkinan kepada punca penyebab masalah ini.

Untuk lebih kepastian kepada masalah sakit yang dihidapi, adalah disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dengan doktor pakar.

Jika anda rasakan artikel tentang penyebab lutut sakit di usia muda ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain.