Petua Sakit Lutut : 9 Petua Merawat Sakit Lutut dengan Bahan Semulajadi

Mencari petua sakit lutut dan sendi? Ini petua hilangkan sakit lutut untuk anda. Petua sakit lutut ini banyak menggunakan bahan semulajadi yang mudah didapati dan senang diamalkan. Jika anda rasakan artikel tentang petua sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa bookmark dan sharekan artikel dari isila2u dot com ini untuk manfaat yang lain.

Sakit lutut biasa berlaku disebabkan oleh sendi lutut yang semakin haus dan pelincir lutut yang semakin berkurang.

Terdapat banyak cara dan petua merawat sakit lutut yang boleh diamalkan.

Keberkesanan rawatan juga bergantung kepada punca sakit lutut tersebut.

 

 

 

 

Berbagai-bagai cara untuk merawat masalah sakit lutut termasuklah rawatan semula jadi yang boleh dilakukan sendiri di rumah selain rawatan perubatan seperti penggunaan ubatan dadah, suntikan dan juga pembedahan.

Beberapa cara yang berkesan yang boleh dilakukan di rumah sahaja untuk sakit lutut yang disebabkan oleh keradangan, arthritis atau kecederaan minor.

Namun begitu, jika sakit lutut yang dialami itu serius dan kritikal, sila dapatkan nasihat pakar perubatan kerana terdapat beberapa jenis sakit lutut yang memerlukan rawatan hospital. 

Nak tahu petua menghilangkan sakit lutut tersebut?

Jom amalkan petua rawat sakit lutut di bawah.

 

[BACA JUGA : Penawar Sakit Lutut – Sup Kaki Ayam]

 

Petua #1 : Halia

Petua Rawat Sakit Lutut Halia
Halia

Halia adalah ubat yang berkesan untuk mengurangkan sakit lutut yang disebabkan oleh artritis, kekejangan otot dan kecederaan kerana khasiat halia itu sendiri sebagai anti-radang.  

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Hancurkan sekepingan kecil halia
2. Masukkan ke dalam secawan air dan didihkan selama 10 minit
3. Tapis campuran dan tambahkan sedikit madu dan jus lemon
4. Minum 2-3 cawan teh halia ini setiap hari sehingga sakit lutut hilang

Kajian artritis juga mendapati bahawa halia boleh mengurangkan sakit serta bengkak apabila digunakan bersama dengan rawatan prekripsi.  

 

Petua #2 : Kunyit

Petua Rawat Sakit Lutut Kunyit
Kunyit

Bahan ini mengandungi kurkumin yang mempunyai sifat anti-radang dan antioksida yang boleh mengurangkan sakit.

Kunyit juga boleh memperlahankan perkembangan artritis reumatoid iaitu salah satu punca utama sakit lutut.  

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Campurkan setengah sudu teh halia kisar dan setengah sudu teh kunyit hidup kisar ke dalam satu cawan air
2. Didihkan selama 10 minit
3. Tapis, campurkan madu dan minum 2 kali sehari.

 

Petua #3 : Lemon

Petua Rawat Sakit Lutut Lemon
Lemon

Lemon digunakan sebagai ubatan di rumah untuk sakit lutut yang berpunca daripada artritis.

Asid sitrik yang terdapat dalam lemon bertindak sebagai pelarut untuk kristal asid urik yang juga menjadi punca kepada beberapa jenis arthritis.  

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Potong 1 atau 2 biji lemon kepada potongan kecil
2. Kemudian, bungkus potongan lemon tadi di dalam kain kapas
3. Celupkan kain ke dalam minyak bijan
4. Letakkan kain tadi pada lutut yang sakit selama 5-10 minit 
5. Lakukan 2 kali sehari hingga sakit hilang

 

Petua #4 : Cuka Epal Cider

Petua Rawat Sakit Lutut Cuka Epal
Cuka Epal

Cuka epal cider boleh membantu melarutkan mineral dan toksin berbahaya di dalam sendi lutut disebabkan oleh sifat alkalinya.

Ia juga membantu memulihkan pelincir dan seterusnya mengurangkan rasa sakit dan membantu pergerakan.  

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Campurkan 2 sudu teh cuka epal cider ke dalam 2 cawan air yang ditapis
2. Hirup campuran ini sepanjang hari
3. Amalkan petua sakit lutut ini dengan minum setiap hari hingga anda pulih sepenuhnya.

 

Petua #5 : Garam Epsom

Petua Rawat Sakit Lutut Garam Epsom
Garam Epsom

Garam Epsom mengandungi magnesium sulfat yang boleh melegakan sakit lutut. 

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Tambah setengan cawan garam Epsom kepada air mandian yang suam dan kacau sebati
2. Rendamkan lutut yang sakit dalam campuran air suam tadi selama 15 minit
3. Lakukan beberapa kali seminggu hingga sakit lega

 

Petua #6 : Minyak Kayu Putih

Petua Rawat Sakit Lutut Minyak Kayu Putih
Minyak Kayu Putih

Minyak kayu putih mempunyai sifat analgesia atau pelega kesakitan yang boleh menghilangkan sakit lutut.

Rasa sejuk minyak ini boleh mengurangkan sakit lutut akibat artritis. 

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Campurkan 5-7 titik minyak kayu putih dan 5-7 titik minyak pepermin bersama-sama
2. Kemudian, campurkan 2 sudu besar minyak zaitun
3. Simpan campuran di dalam botol kaca yang gelap dan jauh daripada cahaya matahari
4. Gosok campuran ini pada lutut yang sakit.

 

Petua #7 : Minyak Biji Sawi

Petua Rawat Sakit Lutut Minyak Biji Sawi
Minyak Biji Sawi

Menurut perubatan Ayurveda, urutan lembut pada lutut yang sakit dengan minyak biji sawi yang suam boleh mengurangkan keradangan, selain membantu memperbaiki peredaran darah dan mengurangkan kesakitan.  

 

Cara amal petua sakit lutut:

1. Panaskan 2 sudu teh minyak biji sawi
2. Kemudian, goreng seulas bawang putih yang dicincang hingga berwarna keperangan
3. Sejukkan dan tapis minyak yang sudah dicampur dengan bawang putih tadi
4. Urut lutut yang sakit dengan minyak biji sawi dalam pergerakan memusing
5. Tutup lutut dengan bungkusan plastik dan tuamkan dengan tuala untuk beberapa minit
6. Lakukan 2 kali sehari selama 1-2 minggu.

 

Petua #8 : Minyak Herba

Minyak Herba

Kajian juga mendapati bam yang diperbuat daripada kayu manis, halia, lada hitam dan minyak bijan adalah berkesan sama seperti krim arthritis yang mengandungi salisilat iaitu rawatan yang biasa digunakan untuk sakit lutut.

 

Petua #9 : Kulit Lembu

Kulit Lembu

Ramai yang tidak tahu bahawa kulit lembu adalah sumber yang kaya dengan protin, terutamanya kolagen dan amalan petua sakit lutut yang berkesan.

Kolagen bagus untuk kulit yang anjal dan sendi lutut yang sakit.

Selain melambatkan proses penuaan, kolagen jugak bagus untuk pesakit arthritis yang selalu mengalami kesakitan di bahagian sendi.

 

Apakah Kolagen dan Manfaatnya?

Dalam bahasa mudahnya, kolagen adalah sejenis protein yang berfungsi sebagai ‘gam’ yang memegang bahagian badan kita. 

Faedah kolagen bukan hanya untuk kulit tetapi juga baik untuk jantung dan dapat meningkatkan stamina.

 

Faedah lain mengambil kolagen adalah:

1. Kulit yang lebih sihat dan muda.
2. Ia kaya dengan kalsium dan protein, tanpa karbohidrat.
3. Ia meningkatkan bekalan darah dengan menguatkan saluran darah.
4. Membantu badan dalam membakar lemak, bagus untuk menurunkan berat badan.
5. Melambatkan kesan arthritis.
6. Mengurangkan rasa sakit dan bengkak (keradangan).

 

Orang dulu-dulu kalau sakit lutut minum sup kulit lembu. Tahu tak kenapa?

Kajian sekarang dah terbukti bahawa Kolagen Type 2 yang ada dalam kulit lembu sangat efektif merawat sendi dari dalam.

Kolagen ni tak sama tau dengan kolagen biasa yang digunakan dalam produk kosmetik sebab ia khusus untuk memperbaiki sendi dan lutut yang rosak secara khusus.

Tapi… ada satu produk ni dah tak payah nak susah-susah rebus kulit lembu berjam-jam.

Produk ni insyaAllah dapat membantu anda dalam merawati sakit lutut dan masalah sendi.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sakit sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Telah kami kongsikan 9 petua sakit lutut yang patut anda cuba di rumah. Jika anda rasakan artikel tentang petua sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang petua sakit lutut.