Rawatan Sakit Lutut : 7 Cara Menghilangkan Sakit Lutut Berkesan

Sedang mencari rawatan sakit lutut? Ini mungkin cara menghilangkan sakit lutut yang berkesan buat anda. Baikpulih kerosakan sendi dengan rawatan sakit lutut berkesan ini dari dalam sekarang. Jika anda masih lagi tercari-cari cara rawatan sakit lutut yang berkesan untuk anda, baca perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

 

 

 

 

Punca & Cara Rawatan Sakit Lutut

 

Punca Sakit Lutut

Sebelum itu, ketahui dahulu punca sakit lutut anda.

Andakah sakit lutut anda diakibatkan oleh masalah-masalah berikut?

  • Kecederaan – Kecederaan yang selalu berlaku adalah ACL rosak atau koyak, keretakan tulang lutut, meniskus koyak dll.
  • Masalah penyakit arthritis – Arthritis yang selalu dialami adalah osteoarthritis & rheumatoid arthritis
  • Berat badan berlebihan – Obersiti memberikan tekanan tambahan pada bahagian sendi lutut walaupun hanya dengan aktiviti biasa
  • Tekanan berlebihan pada lutut akibat daripada pergerakan seharian atau pekerjaan

Cara rawatan sakit lutut juga bergantung kepada jenis punca sakit lutut tersebut.

Dalam kebanyakan keadaan, punca masalah sakit lutut yang selalu kita dengar adalah berpunca daripada kerosakan sendi tulang rawan dan kurang cecair lutut.

[BACA JUGA : Suplemen Glucosamine Untuk Sakit Lutut, Sendi & Arthritis]

 

Cara Rawatan

Berikut adalah cara merawat sakit lutut yang boleh dilakukan untuk menghilangkan sakit lutut yang dialami.

 

1. Amalkan Pemakanan Sihat

Amalan meminum susu rendah lemak membantu mengurangkan risiko masalah osteoarthritis dalam satu kajian.

Selain itu, mereka yang mengamalkan memakan buah-buahan yang kaya dengan vitamin C menunjukkan kurang tanda-tanda osteoarthritis berbanding dengan mereka yang kurang makan buah-buahan.

Dalam satu kajian lain, pengambilan suplemen ekstrak dari halia dipercayai dapat melegakan sakit lutut.

 

2. Senaman

Lakukan aktiviti senaman secara berterusan dan konsisten.

Kekal aktif membina otot sendi lutut yand sihat.

Dua jenis senaman yang patut anda elakkan jika anda ada sakit lutut adalah berlari dan senaman regangan lutut yang ekstrem.

Pilihan terbaik dan lebih sesuai adalah berjalan, berbasikal dan senaman lain yang lebih ringan.

 

3. Kurangkan berat badan

Senaman dan diet yang sihat dapat membantu mengurangkan berat badan berlebihan.

Dengan amalan yang sihat ini, ia sangat membantu dalam mengurangkan tekanan pada bahagian anggota lutut dan seterusnya mengurangkan sakit lutut

 

4. Suntikan gel lutut

Penggunaan corticosteroids adalah salah satu cara rawatan sakit lutut apabila disuntik terus ke sendi.

Sangat berkesan tapi kesan mungkin hanya sementara.

Suntikan yang berulang mungkin boleh merosakkan rawan sendi, sebab itu selalunya doktor hanya akan menghadkan suntikan tiga atau empat kali sahaja dalam setahun.

 

5. Pembedahan penggantian lutut

Ini mungkin pilihan terakhir untuk rawatan sakit lutut apabila anda sudah cuba bermacam-macam cara rawatan.

Pembedahan akan melibatkan penggantian tulang rawan sendi lutut yang rosak dengan implan logam atau plastik.

 

6. Rawat dengan Glucosamine/Chondroitin

Glucosamine dan chondroitin merupakan suplemen yang biasa kita dengar dalam merawat sakit lutut dan dan osteoarthritis.

Boleh cuba, mana tau serasi untuk anda dalam mengurangkan sakit lutut.

 

7. Rawat dengan Kolagen Type 2

Kolagen merupakan sejenis protin yang membentuk tulang rawan, tulang dan tisu-tisu lain dalam badan manusia.

Manakala kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi.

Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir (synovial) dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah​.

Jika anda mencari suplemen atau makanan tambahan untuk membantu rawatan sakit lutut, kami sangat mengesyorkan ISila.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sakit sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Jika masalah sakit lutut yang dialami adalah agak serius, anda disarankan untuk melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Sakit lutut boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Penyakit-penyakit yang serius ini boleh mengakibatkan kerosakan pada sendi dan boleh mengakibatkan kecacatan jika tidak dirawat secara khusus.

Jika anda rasakan artikel tentang cara menghilangkan sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang rawatan sakit lutut.