Makanan Untuk Pesakit Arthritis : 8 Makanan Yang Perlu Dielak Oleh Pesakit Arthritis

Mencari info mengenai makanan untuk pesakit arthritis? Ketahui 8 jenis makanan yang perlu dielak oleh pengidap arthritis yang boleh mencetuskan keradangan dalam badan. Apabila seseorang itu mengidap arthritis, badannya sentiasa berada dalam keadaan kesakitan akibat daripada keradangan yang dihidapi. Apa yang kita makan bukan hanya boleh mengakibatkan keradangan, tetapi juga dapat mengakibatkan penyakit-penyakit kronik lain seperti obesiti, penyakit jantung dan diabetes. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan untuk pesakit arthritis ini, baca lebih lanjut perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

 

 

 

 

8 Jenis Makanan Untuk Pesakit Arthritis Yang Perlu Dielakkan

1. Gula

Makanan Pesakit Arthritis Gula

Mungkin agak sukar untuk menahan diri dari pencuci mulut, pastri, coklat, minuman manis dan bergas, walaupun hanya jus buah-buahan.

Sungguhpun begitu, gula yang diproses boleh mencetuskan pelepasan agen keradangan yang dipanggil sitokin (Cytokine).

Gula mempunyai banyak nama, jadi pastikan kita melihat perkataan nama gula yang berakhir dengan “ose,” contohnya fruktosa (fructose) atau sukrosa (sucrose) pada label bahan.

 

2. Lemak Tepu

Makanan Pesakit Arthritis Lemak Tepu

Beberapa kajian menunjukkan bahawa lemak tepu mencetuskan keradangan adiposa (tisu lemak), yang bukan hanya menjadi petunjuk kepada penyakit jantung, tetapi juga boleh memburukkan keradangan arthritis.

Makanan seperti pizza dan keju adalah salah satu lemak tepu dalam cara pemakanan hari ini.

Sumber lemak tepu lain termasuk daging (terutama daging merah), produk tenusu, hidangan pasta dan pencuci mulut berasaskan bijirin.

 

3. Lemak Trans

Makanan Pesakit Arthritis Lemak Trans

Lemak Trans diketahui umum boleh mencetuskan keradangan sistemik.

Ia boleh didapati dalam makanan segera dan bergoreng, makanan ringan yang diproses, produk sarapan sejuk beku, biskut, donat, keropok dan marjerin.

Sentiasa ambil tahu makanan yang mempunyai minyak yang dihidrogenkan sebahagiannya apabila melihat pada label kandungan makanan kerana ia adalah salah satu makanan untuk pesakit arthritis yang perlu dielakkan.

 

4. Asid Lemak Omega 6

Makanan Pesakit Arthritis Asid Lemak Omega 6

Asid lemak Omega 6 adalah asid lemak penting yang diperlukan oleh tubuh untuk pertumbuhan dan perkembangan yang normal.

Badan memerlukan keseimbangan omega-6 dan asid lemak omega-3 yang sihat.

Pengambilan berlebihan omega-6 boleh menyebabkan badan menghasilkan bahan-bahan kimia penyebab keradangan.

Asid lemak ini banyak terdapat dalam minyak masak seperti minyak jagung, minyak bunga matahari, minyak kacang soya, minyak kacang tanah dan sayur-sayuran, dan juga terdapat dalam mayonis.

 

5. Karbohidrat Ringkas (Refined Carb)

makanan pesakit arthritis Karbohidrat Ringkas (Refined Carb)

Produk berasaskan tepung putih (roti dan biskut), nasi putih, kentang (kentang putar segera, atau kentang goreng) dan kebanyakan bijirin adalah karbohidrat ringkas.

Menurut kajian saintifik di Amerika, karbohidrat yang diproses boleh menjadi pemacu utama kepada tahap peningkatan kadar obesiti dan penyakit-penyakit kronik yang lain.

Makanan yang tinggi karbohidrat ringkas ini boleh merangsang penghasilan bahan AGE (advanced glycation end) yang menyebabkan keradangan pada sendi.

 

6. MSG

Makanan Pesakit Arthritis MSG

Mono-sodium glutamate (MSG) adalah bahan penambah perisa makanan yang paling senang dijumpai dalam makanan kita dan kicap soya.

Ia juga selalu ditambah untuk menambah rasa pada makanan segera, pelbagai jenis sup, salad dan daging proses.

Bahan kimia ini bukan hanya boleh mencetuskan keradangan kronik, tetapi boleh juga menjejaskan kesihatan hati.

 

7. Makanan Untuk Pesakit Arthritis Yang Perlu Dielakkan Berasaskan Gluten

Makanan Pesakit Arthritis Gluten

Gluten adalah sejenis protein yang terdapat pada gandum dan tepung.

Gluten mengandungi komponen protein yang disebut peptida.

Orang yang mempunyai sakit sendi dan sensitif terhadap gluten perlu mengelak pengambilan makan ini kerana ia boleh menyebabkan kesakitan dan keradangan.

Mereka yang disahkan mengidap penyakit celiac, iaitu penyakit autoimun yang terjadi akibat pengambilan gluten yang boleh merosakkan usus kecil dan juga menyebabkan kesakitan pada sendi, dinasihatkan untuk mengamalkan diet bebas gluten.

Makanan berasaskan gluten adalah sangat tidak bagus untuk pesakit gout-arthritis.

 

8. Aspartame

Makanan Pesakit Arthritis Aspartame

Adakah anda sedang mengamalkan diet tanpa gula?

Aspartame adalah sejenis pemanis tiruan yang tidak berkhasiat dan terdapat dalam lebih daripada 4,000 produk di seluruh dunia.

Walaupun ia diluluskan oleh FDA, kajian tentang kesannya ada yang baik dan ada yang buruk.

Kesannya kepada orang yang mempunyai penyakit autoimun pula tidak diketahui.

Jika anda sensitif terhadap bahan kimia ini, sistem imun anda mungkin bertindak balas dengan menyerang bahan kimia ini, dan seterusnya akan mencetuskan tindak balas keradangan pada sendi.

 

Kesimpulan

Kurangkan makanan yang boleh menyebabkan keradangan, dan sebaliknya banyakkan memakan buah-buahan dan sayur-sayuran dalam diet seharian anda.

Simptom arthritis dapat dikurangkan dengan mengubah diet pemakanan anda kepada yang lebih sihat seperti memakan ikan sebagai sumber protein utama anda dan memperbanyakan makanan berasaskan Omega-3.

Selain daripada mengelakkan makanan-makanan di atas, terdapat satu makanan tambahan yang dapat membantu anda dalam merawati sakit arthritis dan radang sendi.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sakit sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Telah kami kongsikan info berkaitan 8 jenis makanan yang perlu dielak oleh pesakit arthritis. Jika anda rasakan artikel ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang makanan untuk pesakit arthritis.