Psoriatic Arthritis : Simptom, Punca Dan Cara Rawatan

Mencari info mengenai psoriatic arthritis? Psoriatic arthritis adalah penyakit yang dikaitkan dengan psoriasis atau masalah kulit teruk. Psoriatic arthritis merupakan sejenis penyakit auto imun di mana sistem imun badan menyerang sel-sel dan tisu-tisu yang sihat. Ia bukan hanya boleh menyebabkan masalah pada kulit dan sendi, malah ia juga boleh meningkatkan risiko pada penyakit-penyakit kronik yang lain seperti masalah jantung, diabetes, dan lain-lain. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang simptom, punca dan cara rawatan psoriatic arthritis ini, baca lebih lanjut perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

 

 

 

 

Apa Itu Psoriatic Arthritis?

Psoriatic arthritis adalah sejenis arthritis yang dihidapi oleh seseorang yang mempunyai masalah psoriasis.

Psoriasis adalah keadaan di mana kulit menjadi bertompok-tompok, berwarna kemerahan dan bersisik.

Kebanyakan orang akan mengalami masalah psoriasis terlebih dahulu sebelum didiagnosis dengan psoriatic arthritis.

Namun begitu, masalah pada sakit sendi boleh juga dialami sebelum terjadinya tompok-tompok pada permukaan kulit.

Sakit sendi, kekakuan dan bengkak merupakan tanda-tanda dan simptom-simptom utama psoriatic arthritis.

Ia boleh menyerang mana-mana bahagian badan, termasuklah pada hujung jari dan tulang belakang.

Buat masa ini, tiada lagi penawar untuk masalah psoriatic arthritis.

Rawatan yang ada sekarang hanya untuk mengawal simptom dan mengelakkan kerosakan pada bahagian sendi.

Tanpa sebarang rawatan, psoriatic arthritis mungkin boleh menyebabkan kecacatan dan kelumpuhan.

 

Simptom Psoriatic Arthritis

Penyakit psoriatic arthritis dan psoriasis merupakan penyakit kronik yang boleh menjadi lebih parah jika tidak dikawal.

Kadang-kala simptom boleh bersilih ganti antara bertambah baik atau merosot.

Psoriatic arthritis boleh menyerang bahagian sendi pada salah satu sisi atau kedua-dua sisi badan.

Simptom penyakit ini sering digambarkan sama seperti dengan penyakit rheumatoid arthritis.

Kedua-dua penyakit ini boleh menyebabkan kesakitan, bengkak dan hangat bila disentuh.

Walau bagaimanapun, penyakit psoriatic arthritis juga boleh menyebabkan:

  • Bengkak pada jari tangan dan kaki
    Penyakit ini boleh menyebabkan jari bengkak. Pengidap penyakit ini juga mungkin mengalami bengkak dan kecacatan pada tangan dan kaki sebelum mengalami sakit sendi yang ketara.
  • Sakit kaki
    Penyakit ini juga boleh menyebabkan rasa sakit pada bahagian di mana tendon dan ligamen melekat pada tulang, terutamanya di bahagian belakang tumit (achilles tendinitis) atau pada tapak kaki (plantar fasciitis)
  • Sakit belakang pada bahagian bawah
    Sesetengah pesakit mengalami keadaan yang disebut sebagai spondylitis akibat daripada psoriatic arthritis. Ia menyebabkan keradangan pada sendi antara tulang-tulang belakang dan sendi antara tulang belakang dan pelvis (sacroiliitis).

Sekiranya anda mengidap psoriasis, pastikan anda memberitahu doktor jika anda mengalami sakit sendi.

Psoritic arthritis boleh menyebabkan kerosakan sendi jika tidak dikawal dan dirawat.

 

Punca

Psoriatic arthritis berlaku apabila sistem imun badan mula menyerang sel dan tisu yang sihat.

Tindakbalas imun yang tidak normal ini menyebabkan keradangan pada sendi dan pengeluaran sel-sel kulit yang berlebihan.

Tidak diketahui kenapa sistem imun badan menyerang tisu yang sihat, namun faktor genetik dan persekitaran dipercayai boleh mempengaruhi keadaan ini.

Kebanyakan pengidap penyakit ini mempunyai sejarah keluarga yang mempunyai masalah psoriasis atau psoriatic arthritis.

Para penyelidik telah menemui penanda genetik tertentu yang boleh dikaitkan dengan psoriatic arthritis.

Kecederan fizikal atau jangkitan kuman boleh mencetuskan psoriatic arthritis pada mereka yang mempunyai risiko penyakit ini.

 

Faktor Risiko

Beberapa faktor boleh meningkatkan risiko psoriatic arthritis, termasuk:

  • Psoriasis.
    Ini merupakan faktor terbesar yang menyumbang kepada masalah penyakit psoriatic arthritis. Mereka yang mengalami kecacatan pada kuku cenderung untuk menghidapi psoriatic arthritis.
  • Sejarah keluarga
    Kebanyakan pengidap psoriatic arthritis mempunyai ibu bapa atau adik beradik yang mempunyai penyakit yang sama.
  • Faktor umur
    Walaupun sesiapa sahaja boleh diserang penyakit psoriatic arthritis ini, ia selalunya berlaku pada orang dewasa yang berumur di antara 30 ke 50 tahun.

 

Komplikasi

Sebilangan kecil pengidap psoriatic arthritis mengalami arthritis mutilans.

Lama kelamaan, arthritis mutilans ini akan menyebabkan kerosakan pada tulang-tulang kecil pada tangan, terutamanya pada bahagian jari. Ini seterusnya boleh mengakibatkan kecacatan kekal pada bahagian tersebut.

Pengidap psoriatic arthritis kadang-kala akan mengalami masalah pada mata seperti mata merah (conjunctivitis) atau uveitis, yang mana boleh menyebabkan kesakitan, kemerahan atau penglihatan kabur.

Mereka juga mempunyai risiko yang tinggi untuk mendapat penyakit jantung.

 

Pengurusan Risiko Kesihatan Berkaitan Psoriatic Arthritis

Psoriatic arthritis tidak hanya memberikan kesan buruk pada sendi dan kulit, ia juga boleh meningkatkan risiko pada masalah-masalah kesihatan kronik yang lain.

Keradangan pada seluruh badan yang mencetuskan sakit sendi dan masalah kulit boleh juga memberi kesan pada jantung, mata, usus dan bahagian-bahagian badan yang lain.

Keadaan yang biasa dilihat pada pengidap psoriatic arthritis termasuklah:

  • Penyakit jantung
  • Tekanan darah tinggi
  • Kolestrol tinggi
  • Diabetes
  • Obesiti
  • Osteoporosis
  • Radang usus
  • Radang mata

Hidup dengan psoriatic arthritis juga boleh menyebabkan tekanan emosi.

 

Kurangkan Risiko

Langkah berikut boleh diambil untuk mengurangkan risiko keadaan yang berkaitan dengan psoriatic arthritis:

  • Berlaku jujur dengan doktor anda
    Komunikasi terbuka membolehkan doktor anda memantau tahap kesihatan anda dengan lebih baik. Selain itu, temujanji pemeriksaan kesihatan berkala juga boleh dilakukan untuk mengesan masalah-masalah kesihatan yang berlaku akibat daripada psoriatic arthritis. Ia penting agar masalah-masalah kesihatan ini dapat didiagnosis dan dirawat lebih awal. Jangan teragak-agak untuk memberitahu doktor anda tentang gejala baru, walaupun anda fikir ia mungkin tidak berkaitan dengan psoriatic arthritis anda.
  • Patuh pada plan rawatan anda
    Cara menguruskan penyakit ini dengan betul boleh membantu anda untuk melawan penyakit-penyakit kronik yang lain. Sebagai contoh, kajian menunjukkan rawatan psoriatic arthritis yang agresif boleh merendahkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.
    Beberapa jenis ubatan
  • Sentiasa bergerak
    Senaman boleh mengurangkan keradangan dan menyihatkan jantung, bagus untuk mengurangkan risiko diabetes dan penyakit kronik lain. Berjalan, berenang dan senaman lain adalah cara terbaik untuk mengekalkan sendi yang kuat dan mudah lentur.
  • Amalkan cara hidup sihat
    Amalkan pemakanan sihat dan makan diet seimbang. Jauhi minuman beralkohol. Minuman beralkohol boleh menyebabkan pengambilan ubat-ubatan psoriasis kurang berkesan.
  • Jika anda merokok, behenti.
    Kajian menunjukkan bahawa dengan membuang tabiat ini dapat mengurangkan kesan psoriasis dan mengurangkan risiko penyakit kronik lain, termasuk penyakit jantung

 

Rawatan Sakit Sendi Akibat Psoriatic Arthritis

Walaupun pengidap penyakit ini mungkin terpaksa menderita dengan penyakit ini untuk seumur hidupnya, kesakitan atau kerosakan pada sendi mungkin dapat dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan.

Kami sangat mengesyorkan produk ISila ni sebagai salah satu ikhtiar anda dalam merawat kerosakan pada sendi akibat psoriatic arthritis.

Bahan utama dalam ISila adalah Kolagen type 2 yang merupakan penemuan terkini dan telah menjadi satu fenomena yang menggantikan penggunaan glukosamin dalam rawatan sakit sendi.

Kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi. Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Telah kami kongsikan info berkaitan penyakit ini. Jika anda rasakan artikel tentang penyakit ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang penyakit psoriatic arthritis.