Osteoarthritis : Simptom, Punca Dan Cara Rawatan

Anda mencari info mengenai osteoarthritis? Sakit sendi osteoarthritis adalah jenis penyakit arthritis yang paling biasa dihidapi di Malaysia. Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan yang menjadi pelindung antara sendi tulang terhakis dan rosak. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang simptom, punca dan cara rawatan osteoarthritis ini, baca lebih lanjut perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

 

 

 

 

Apa Itu Osteoarthritis

Osteoarthritis merupakan sejenis penyakit arthritis yang bukan sahaja banyak dihidapi pesakit di Malaysia, tetapi di seluruh dunia.

Ia berlaku apabila tulang rawan kartilaj yang menjadi pelindung antara sendi tulang terhakis atau rosak.

osteoarthritis

Sungguhpun penyakit ini boleh menyerang pada mana-mana bahagian sendi, penyakit ini selalunya menyerang pada sendi di bahagian tangan, lutut, pinggul dan tulang belakang.

Simptom penyakit ini selalunya dapat dikawal, walaupun kerosakan pada sendi tidak dapat dikembalikan ke asalnya.

Mengamalkan cara hidup aktif, mengekalkan berat badan sihat dan sesetengah rawatan mungkin boleh melambatkan perkembangan penyakit ini dan membantu mengurangkan kesakitan dan memudahkan pergerakan.

[BACA JUGA : Rheumatoid Arthritis : Simptom, Punca Dan Cara Rawatan]

 

Simptom Osteoarthritis

Simptom atau tanda-tanda osteoarthritis selalunya terjadi secara perlahan-lahan dan menjadi semakin teruk lama kelamaan.

Ini termasuklah:

  • Kesakitan – Sendi yang diserang osteoarthritis boleh terasa sakit semasa atau selepas pergerakan
  • Kekakuan – Kekakuan atau rasa ketat pada sendi boleh dirasai semasa bangkit daripada tidur atau selepas lama badan tidak aktif
  • Kelembikan – Sendi mungkin terasa lembik semasa kita menekan padanya atau sekitarnya
  • Hilang kelenturan – Sendi mungkin tidak boleh dilenturkan sepenuhnya
  • Rasa bergesel – Sendi mungkin berbunyi bunyi pop atau berbunyi keretakan apabila berlaku pergerakan sendi
  • Tulang terlebih – Berlaku pembentukan tulang berlebihan seperti ketulan-ketulan keras di sekitar sendi yang terlibat
  • Bengkak – Ini boleh terjadi akibat daripada keradangan pada tisu lembut di sekitar sendi

Jika anda rasakan simptom-simptom seperti di atas, segeralah berjumpa dengan doktor pakar untuk kepastian samada anda mengidap penyakit ini atau tidak.

 

Punca

Osteoarthritis berlaku apabila tulang rawan atau kartilaj yang menjadi pelapik antara tulang sendi semakin terhakis.

Kartilaj adalah merupakan tisu licin dan keras yang membolehkan sendi bergerak tanpa bergesel.

Jika kartilaj ini tiada, tulang akan berlaga terus sesama tulang dan bergesel.

Penyakit ini selalunya dirujuk sebagai penyakit pakai dan koyak atau “wear and tear”.

Di samping merosakkan kartilaj, ia juga memberi kesan pada keseluruhan sendi.

Ia menyebabkan perubahan pada tulang dan mengganggu tisu yang menghubungkan sendi-sendi dan otot-otot.

Ini juga boleh menyebabkan keradangan pada bahagian sendi.

Antara faktor dan punca osteoarthritis termasuklah:

  • Faktor umur – Risiko penyakit ini meningkat selari dengan peningkatan usia
  • Jantina – Wanita paling ramai diserang osteoarthritis, walaubagaimanapun tidak diketahui puncanya kenapa
  • Obersiti – Berat badan berlebihan menyumbang kepada penyakit ini dalam beberapa cara. Semakin kita gemuk, semakin tinggi risiko untuk mendapat penyakit ini. Berat badan berlebihan memberikan tekanan pada bahagian sendi, seperti pada pinggul dan lutut. Selain itu, tisu lemak menghasilkan protin yang boleh menyebabkan keradangan pada sekitar sendi
  • Kecederaan – Kecederaan yang berlaku akibat bersukan atau kemalangan boleh meningkatkan risiko osteoarthritis, Walaupun kecederaan tersebut sudah berlaku bertahun lamanya dan nampak sembuh, ia masih boleh meningkatkan risiko pembentukan arthritis
  • Tekanan yang berulang pada sendi – Jika pekerjaan atau aktiviti bersukan anda memberi tekanan berterusan pada sendi, sendi yang terlibat berkemungkinan boleh terjadi pembentukan arthritis
  • Genetik – Sesetengah orang mewarisi kecenderungan untuk mendapat osteoarthritis
  • Kecacatan tulang – Sesetengah orang dilahirkan dengan sendi atau kartilaj yang tidak sempurna
  • Penyakit metabolik tertentu – Ini termasuklah diabetes dan keadaan di mana badan mengandungi terlalu banyak zat besi (hemochromatosis)

 

Komplikasi

Osteoarthritis adalah merupakan penyakit degeneratif yang mana ia boleh menjadi semakin teruk lama-kelamaan sehingga mengakibatkan sakit yang kronik.

Sakit sendi dan kekakuan boleh menjadi semakin teruk dan boleh mengganggu rutin harian.

Kemurungan dan gangguan sewaktu tidur boleh terjadi akibat daripada kesakitan dan kekurang upayaan yang disebabkan oleh penyakit ini.

 

Cara Rawatan

Kerosakan sendi akibat penyakit ini tidak boleh dikembalikan, tetapi dengan mengamalkan rawatan-rawatan tertentu boleh membantu mengurangkan kesakitan dan memudahkan pergerakan.

Salah satu cara rawatan adalah dengan pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan.

Kami sangat mengesyorkan produk ISila ni sebagai salah satu ikhtiar anda dalam merawat kerosakan pada sendi akibat osteoarthritis.

Bahan utama dalam ISila adalah Kolagen type 2 yang merupakan penemuan terkini dan telah menjadi satu fenomena yang menggantikan penggunaan glukosamin dalam rawatan sakit sendi.

Kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi.

Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Telah kami kongsikan info berkaitan penyakit ini. Jika anda rasakan artikel tentang osteoarthritis ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang osteoarthritis.