Rheumatoid Arthritis : Simptom, Punca Dan Cara Rawatan

Mencari info mengenai rheumatoid arthritis? Rheumatoid arthritis adalah antara penyakit sendi yang biasa dihidapi selain osteoarthritis. Rheumatoid arthritis merupakan penyakit radang kronik yang tidak hanya menyerang bahagian sendi, malah boleh menyebabkan kerosakan pada sistem tubuh lain seperti kulit, mata, paru-paru, jantung dan salur darah. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang simptom, punca dan cara rawatan rheumatoid arthritis ini, baca lebih lanjut perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

 

 

 

 

Apa Itu Rheumatoid Arthritis

Rheumatoid arthritis adalah sejenis penyakit keradangan kronik yang tidak hanya menyerang bahagian sendi, malah boleh menyebabkan kerosakan pada sistem tubuh lain seperti kulit, mata, paru-paru, jantung dan salur darah pada sesetengah orang.

Ia juga adalah sejenis penyakit auto-imun, yang mana sistem imun itu sendiri yang menyerang tisu-tisu badan.

rheumatoid arthritis
Rheumatoid arthritis boleh menyebabkan kesakitan, bengkak dan kecacatan. Oleh kerana membran sinovial yang bertindak meluruskan sendi mengalami keradangan dan menebal, ini akan menyebabkan cecair sinovial terkumpul dan menghakis tulang rawan kartilaj.

 

Tidak seperti penyakit osteoarthritis yang menyebabkan kehausan pada tulang rawan kartilaj, penyakit  ini menyerang jalinan membran pada sendi dan menyebabkan kebengkakan yang mana ia akan menyebabkan kehausan pada tulang dan kecacatan pada sendi.

Keradangan yang disebabkan oleh penyakit ini juga boleh merosakkan bahagian-bahagian tubuh yang lain.

Rheumatoid arthritis yang agak teruk boleh mengakibatkan kecacatan secara fizikal.

[BACA JUGA : Osteoarthritis : Simptom, Punca Dan Cara Rawatan]

 

Simptom

Tanda dan simptom termasuklah :

  • Sendi menjadi bengkak dan hangat
  • Kekakuan pada sendi yang selalunya dapat dirasai pada awal pagi dan selepas lama tidak aktif
  • Keletihan, demam dan hilang selera makan

Peringkat awal rheumatoid arthritis cenderung untuk menyerang sendi-sendi yang lebih kecil dahulu seperti sendi-sendi jari dan tumit.

Apabila penyakit semakin parah, simptom selalunya akan merebak ke pergelangan tangan , lutut, buku lali, siku, pinggul dan bahu.

Dalam kes-kes tertentu, simptom berlaku pada sendi yang sama pada bahagian kiri dan kanan badan.

Kira-kira 40 peratus pengidap penyakit juga mengalami tanda-tanda dan simptom yang tidak berkait dengan sendi.

Penyakit ini boleh menyerang struktur anggota lain seperti:

  • Kulit
  • Mata
  • Paru-paru
  • Jantung
  • Buah pinggang
  • Kelenjar liur
  • Tisu saraf
  • Tulang sum-sum
  • Salur darah

Tanda-tanda dan simptom mungkin berbeza tahap kesakitan dan mungkin boleh datang dan pergi.

Lama kelamaan, rheumatoid arthritis boleh menyebabkan kecacatan pada sendi.

 

Punca

Rheumatoid arthritis berlaku apabila sistem imun menyerang sinovium iaitu jalinan membran yang mengelilingi sendi.

Keradangan yang berlaku akan menyebabkan sinovium menebal, yang mana mampu merosakkan kartilaj dan tulang pada kawasan sendi.

osteoarthritis vs rheumatoid arthritis
Osteoarthritis merupakan arthritis yang paling biasa dihidapi, melibatkan kehausan pada tulang kartilaj yang melitupi hujung tulang sendi. Berbeza dengan rheumatoid arthritis, membran sinovial yang bertindak melindungi dan meberikan pelincir pada sendi mengalami keradangan, kesakitan dan kebengkakan. Kehausan sendi mungkin boleh terjadi akibat penyakit ini

 

Tendon dan ligamen yang memegang sendi akan menjadi lemah dan tegang.

Lama kelamaan, sendi akan berubah bentuk dan hilang penjajaran.

Punca sebenar rheumatoid arthritis masih lagi tidak diketahui, walaupun ada yang mengatakan faktor genetik menjadi antara punca penyakit ini.

Walaupun genetik bukanlah penyebab sebenar kepada penyakit ini, kita masih boleh terdedah kepada faktor persekitaran seperti jangkitan virus-virus tertentu dan bakteria yang boleh mengakibatkan penyakit ini.

Faktor yang boleh menyebabkan risiko penyakit ini termasuklah:

  • Jantina – Wanita cenderung untuk menghidapi penyakit ini berbanding lelaki
  • Umur – ia boleh terjadi pada semua peringkat umur, tetapi selalunya akan bermula pada umur pertengahan
  • Sejarah keluarga – Jika ada antara anggota keluarga yang menghidapi penyakit ini, anda mungkin berisiko untuk menghidapi penyakit yang sama
  • Rokok – Amalan merokok boleh meningkatkan risiko terjadinya rheumatoid arthritis jika terdapat sejarah keluarga yang menghidapi penyakit ini
  • Faktor persekitaran – Pendedahan terhadap asbestos atau silika boleh meningkatkan risiko terjadinya penyakit auto-imun ini
  • Obersiti – Penyakit ini berisiko tinggi terjadi pada individu yang mempunyai obersiti atau berat badan berlebihan, terutamanya wanita berusia 55 tahun dan ke bawah

 

Komplikasi

Rheumatoid arthritis boleh meningkatkan risiko terjadinya:

  • Osteoporosis – penyakit itu sendiri dan juga pengambilan ubat-ubatan yang digunakan untuk merawat penyakit ini boleh meningkatkan risiko osteoporosis – kerapuhan tulang
  • Nodul rheumatoid – Ketulan-ketulan yang biasanya terjadi pada sekitar titik-titik tekanan, seperti siku. Walaubagaimanapun, nodul ini juga boleh terjadi di mana-mana di dalam badan termasuklah di paru-paru
  • Mata dan mulut kering – Pengidap penyakit ini cenderung untuk mengalami Sindrom Sjogren, sejenis gangguan yang mengurangkan kelembapan pada mata dan mulut
  • Jangkitan – Penyakit ini sendiri dan ubat-ubatan yang digunakan boleh merosakkan sistem imun tubuh, seterusnya meningkatkan risiko terkena jangkitan
  • Komposisi tubuh tidak normal – Nisbah lemak dan jisim tanpa lemak mungkin lebih tinggi pada pengidap penyakit ini
  • Sindrom Carpal Tunnel – Jika rheumatoid arthritis menyerang pergelangan tangan, keradangan tersebut boleh menekan urat saraf yang penting untuk fungsi tangan dan jari
  • Masalah jantung – Penyakit ini boleh meningkatkan risiko arteri menjadi keras dan tersumbat, termasuk keradangan pada kantung yang menyeliputi jantung
  • Penyakit paru-paru – Pengidap penyakit ini mempunyai risiko tinggi untuk mengalami keradangan dan parut pada tisu paru-paru. Ini boleh mengakibatkan kesesakan nafas
  • Limfoma – Rheumatoid arthritis boleh meningkatkan risiko limfoma, sejenis kanser darah yang terbentuk dalam sistem limfa

 

Cara Merawat Penyakit Rheumatoid Arthritis

Walaupun pengidap penyakit ini mungkin terpaksa menderita dengan penyakit ini untuk seumur hidupnya, kesakitan atau kerosakan pada sendi mungkin dapat dikurangkan dengan pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan.

Kami sangat mengesyorkan produk ISila ni sebagai salah satu ikhtiar anda dalam merawat kerosakan pada sendi akibat rheumatoid arthritis.

Bahan utama dalam ISila adalah Kolagen type 2 yang merupakan penemuan terkini dan telah menjadi satu fenomena yang menggantikan penggunaan glukosamin dalam rawatan sakit sendi.

Kolagen type-2 berfungsi secara khusus untuk pembaikpulihan sendi. Ia menambah ketebalan rawan sendi, menambahkan cecair pelincir dan memperbaiki kebolehlenturan ligamen dan salur darah.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Telah kami kongsikan info berkaitan penyakit ini. Jika anda rasakan artikel tentang penyakit ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang penyakit rheumatoid arthritis.