Punca Sakit Lutut : Ketahui 8 Punca Penyebab Sakit Lutut

Nak tahu punca sakit lutut? Banyak faktor yang boleh menjadi punca penyebab sakit lutut kiri atau kanan. Ketahui apa punca sakit lutut anda di sini. Secara umum, lutut merupakan bahagian sendi tubuh yang mudah diserang rasa sakit yang boleh jadi berpunca daripada kecederaan, penyakit dan faktor-faktor lain. Ini disebabkan oleh sendi lutut terletak pada titik berat badan dan disokong oleh kaki. Jika anda rasakan artikel tentang punca sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa bookmark dan sharekan artikel dari isila2u dot com ini untuk manfaat yang lain.

Sakit lutut boleh menyerang sesiapa saja.

Tidak kira orang muda ataupun orang tua.

Sakit pada bahagian sendi ini boleh menjadi petanda kepada gejala penyakit yang lebih serius.

Contohnya penyakit yang berkait dengan masalah sendi, tulang dan otot.

Baca lagi untuk ketahui lebih lanjut tentang punca penyakit ini.

 

 

 

 

Anatomi Lutut Manusia

Sebelum bermula, jom ketahui lebih lanjut tentang anatomi dan fisiologi bahagian sendi lutut ini.

Sila rujuk gambarajah di bawah:

anatomi lutut manusia
Anatomi Lutut Manusia

 

Di bahagian dalam sendi, terdapat rongga-rongga sendi yang dipenuhi dengan cecair sendi.

Cairan sendi ini bertindak sebagai pelincir antara sendi daripada bergesel.

Jika sendi-sendi lutut bergesel ketika melakukan pergerakan, ini boleh menyebabkan punca sakit lutut kiri dan kanan kaki.

Setiap tulang pada bahagian sendi lutut dihubungkan dengan otot-otot yang ada di sekelilingnya.

Ikatan-ikatan urat yang dipanggil ligament ini menjadi penghubung dan pengikat antara tulang.

Manakala, urat yang menyambungkan otot dan tulang dinamakan sebagai tendon.

Di bahagian sendi lutut ini, terdapat banyak banyak ikatan urat ini dan sangat kompleks.

 

[BACA JUGA : Petua Sakit Lutut : 9 Petua Merawat Sakit Lutut dengan Bahan Semulajadi]

 

Punca Penyebab Sakit Lutut

Banyak faktor yang menjadi penyebab sakit lutut.

Antaranya adalah berikut:

1. Petanda penyakit osteoarthritis pada sakit lutut

punca sakit lutut osteoarthritis
Osteoarthritis boleh menjadi penyebab kepada punca sakit lutut

 

Osteoarthritis adalah sejenis penyakit lutut yang selalu dialami oleh ramai orang.

Penyakit ini boleh menyebabkan terjadiya sakit lutut.

Hal ini diakibatkan oleh sendi lutut yang semakin haus.

Kehausan sendi pula boleh diakibatkan oleh kekurangan mineral dalam tubuh yang diperlukan untuk menghasilkan kalsium dan kalium.

Kedua-dua mineral ini amat diperlukan untuk memastikan sendi kekal sihat.

Kekurangan kalsium dan kalium boleh mengakibatkan osteoarthritis.

 

2. Masalah Kegemukan atau Obesiti

punca sakit lutut obersiti
Masalah obesiti boleh mengakibatkan sakit lutut

 

Antara penyebab lain yang boleh menyebabkan sakit lutut adalah kerana masalah kegemukan atau berat badan berlebihan.

Pengidap masalah obersiti lebih berisiko untuk diserang sakit lutut.

Ini disebabkan oleh lutut terpaksa menahan lebih bebanan daripada tubuh badan yang lebih besar.

Selalu kita lihat, orang yang berbadan besar tidak kuat untuk berdiri pada waktu yang lama.

 

3. Punca Daripada Penyakit Gout

punca sakit lutut gout
Masalah gout boleh menjadi punca sakit lutut

 

Antara penyebab punca sakit lutut adalah masalah penyakit gout.

Mereka yang mengalami symptom sakit lutut boleh menjadi petanda kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Jika tidak ditangani di peringkat awal boleh menjadi lebih parah.

Adalah dinasihatkan untuk melakukan pemeriksaan dengan segera bagi memastikan masalah sebenar sakit lutut tersebut.

Jika terbukti masalah tersebut diakibatkan oleh gout, fokus penyembuhan mesti tertumpu kepada masalah gout seperti pengambilan ubat dan pantang dalam makanan.

 

4. Kecederaan Sakit Lutut

punca sakit lutut kecederaan
Sakit lutut akibat kecederaan

 

Punca sakit lutut juga biasa terjadi akibat daripada kecederaan semasa bersukan atau kemalangan.

Kecederaan pada lutut selalunya disebabkan oleh patah tulang, retak, jatuh, ACL putus dan sebagainya.

Kecederaan tersebut boleh mengakibatkan luka atau lebam pada bahagian lutut dan kaki.

Kesakitan boleh muncul secara tiba-tiba atau pada keadaan-keadaan tertentu seperti bila cuaca sejuk.

 

[BACA JUGA : Penyebab Lutut Sakit Di Usia Muda]

 

5. Penyakit Lupus

punca sakit lutut lupus
Lupus adalah penyakit autoimun

 

Lupus adalah menyakit autoimun yang berlaku apabila sistem imun tubuh anda menyerang tisu dan organ anda sendiri.

Keradangan yang disebabkan oleh lupus boleh menjejaskan sistem badan berbeza seperti sendi, kulit, buah pinggang, sel darah, otak, jantung dan paru-paru.

 

6. Rheumatoid Arthritis (RA)

punca sakit lutut rheumatoid arthritis
Sakit lutut akibat daripada rheumatoid arthritis

 

Rheumatoid arthritis (RA) adalah keadaan keradangan yang boleh menyerang pada mana-mana usia. 

RA boleh menjejaskan lutut dan sendi-sendi lain. 

Ia adalah satu sistem kekebalan tubuh di mana badan menyerang dirinya sendiri, terutama pada bahagian sendi.

Sehingga kini, Doktor masih tidak tahu apa yang menjadi punca penyebab RA.

 

7. Ketumbuhan atau Tumor

Sakit lutut akibat tumor pada tulang lutut

 

Antara penyebab lain terjadinya sakit lutut adalah disebabkan oleh ketumbuhan atau tumor pada bahagian lutut.

Tumor merupakan benda asing yang tumbuh pada daging atau organ badan yang boleh menggangu aktiviti seharian.

Tumor boleh membahayakan tubuh jika ia daripada jenis ganas.

 

8. Kanser Tulang

Kanser tulang pada bahagian lutut

 

Penyebab lain yang boleh menyebabkan sakit lutut adalah disebabkan oleh sakit kanser tulang.

Kanser tulang adalah salah satu penyakit berbahaya.

Pesakit kanser ini boleh menyebabkan pengidapnya tidak boleh menggerakkan tulang.

Segeralah mendapatkan rawatan awal jika anda didapati mengidap penyakit ini.

 

[BACA JUGA : Penawar Sakit Lutut – Sup Kaki Ayam]

 

Daripada 8 punca sakit lutut yang telah dikongsikan ini, ada yang ringan dan ada yang parah.

Untuk masalah sakit sendi dan lutut yang ringan, anda boleh mengambil suplemen untuk memelihara kesihatan sendi dan merawat sendi dari peringkat awal.

Jika anda mencari suplemen untuk membantu merawati sakit lutut dan masalah sendi anda, kami sangat mengesyorkan ISILA.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sakit sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Manakala untuk masalah sakit lutut yang lebih parah, adalah disarankan untuk anda melakukan pemeriksaan kesihatan dengan segera.

Sakit lutut boleh menjadi petunjuk kepada masalah kesihatan yang lebih serius.

Penyakit-penyakit yang serius ini boleh mengakibatkan kerosakan pada sendi dan boleh mengakibatkan kecacatan jika tidak dirawat secara khusus.

Jika anda rasakan artikel tentang sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang punca sakit lutut.