Tip Sakit Lutut : Makanan Yang Boleh Mengurangkan Sakit Lutut

Anda nak tip sakit lutut? Di sini kami kongsikan 10 makanan yang boleh dijadikan sebagai tip untuk mengurangkan sakit lutut. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang tip sakit lutut ini, baca perkongsian dari isila2u dot com ini dan jangan lupa share jika anda rasa bermanfaat untuk yang lain.

Kita semua tahu bahawa mencegah itu adalah lebih baik daripada merawat. Sebab itu kita sangat digalakkan untuk mengamalkan diet pemakanan yang sihat dan bersenam untuk memelihara kesihatan tulang dan sendi.

Rutin seharian kita boleh memberikan kesan yang besar ke atas kesihatan sendi kita. Sebagai contoh, dengan memilih makanan-makanan yang boleh membina kepadatan tulang, menguatkan tisu penghubung dan mengurangkan keradangan boleh membantu untuk mengelakkan kecederaan dan memelihara sendi.

Ramai orang yang ingin mengubah gaya hidup demi untuk mengurangkan sakit sendi. Tetapi adalah agak sukar untuk mengubah semuanya sekaligus. Oleh itu, cara yang boleh dimulakan dahulu adalah dengan mengubah diet dan cara pemakanan.

Berikut adalah 10 makanan yang boleh membantu mengurangkan sakit lutut dan meningkatkan pergerakan sendi.

 

 

 

 

Makanan #1 : Minyak Ikan/Asid Lemak Omega-3

asid lemak omega-3 minyak ikan

Ikan air sejuk merupakan sumber asid lemak Omega-3 yang sangat bagus dan merupakan nutrien penting untuk kesihatan kita. Ia bukan sahaja terbukti dapat mengurangkan keradangan, tetapi ia juga dapat meningkatkan fungsi otak dan mengurangkan risiko penyakit jantung, diabetes dan penyakit-penyakit lain.

Omega-3 boleh didapati daripada ikan air sejuk seperti tuna, salmon dan sardin. Selain itu, kita juga boleh mengamalkan pengambilan suplemen minyak ikan setiap hari.

[BACA JUGA : Penyebab Lutut Sakit Di Usia Muda]

 

Makanan #2 : Kekacang & Bijian

Kekacang

Omega-3 juga boleh didapati dalam pelbagai jenis kekacang dan bijian. Pengambilan sedikit makanan ini dalam diet seharian seperti kacang walnut, badam, chia seeds dan lain-lain kekacang dan bijian boleh mengurangkan keradangan pada sendi dan tisu penghubung.

 

Makanan #3 : Sayuran Brassica

sayur brassica

Apa itu sayur-sayuran brassica? Sayuran jenis ini biasanya dikaitkan dengan keluarga sawi dan kubis. Sayuran seperti sawi, kangkung, kubis ungu, brokoli, bunga kubis dan kubis brussel adalah contoh sayuran daripada famili brassica ini.

Sayur-sayuran ini diketahui dapat menyekat enzim yang menjadi punca penyebab terjadinya bengkak pada sendi. Tambahan pula, ia kaya dengan serat, vitamin dan nutrien untuk kesihatan tubuh.

 

Makanan #4 : Buah-buahan

buah-buahan

Walaupun buah-buahan ada yang dikatakan tidak bagus kerana mengandungi kandungan gula yang tinggi, tetapi ia juga kaya dengan anti-oksidan yang baik. Sama seperti sayur-sayuran, ada terdapat buah-buahan tertentu yang berkesan mengurangkan keradangan dalam badan. Ini salah satu tip sakit lutut.

Salah satu buah yang bagus untuk sakit lutut adalah blueberry. Blueberry adalah kaya dengan antosianin, iaitu salah satu flavonoid yang sangat bagus. Ia boleh membantu dalam menghentikan tindakbalas keradangan dalam badan.

Buah epal juga merupakan salah satu buah anti-radang yang kaya dengan fiber. Ia juga memberi manfaat tambahan kepada kesihatan usus.

Selain itu, Nenas juga bagus untuk sakit lutut kerana kandungan bromelainnya yang merupakan nutrien yang terbukti dapat mengurangkan sakit sendi yang disebabkan oleh osteoarthritis dan rheumatoid arthritis. Sebahagian besar bromelain terdapat pada batang dan teras nenas.

Dan yang terakhir sekali, tomato juga buah yang kaya dengan anti-oksidan seperti lycopene. Buah tomato yang dimasak mengandungi lebih banyak lycopene berbanding dengan buah yang tidak dimasak. Makan sekali buah tomato dengan kulitnya untuk mendapatkan manfaat yang terbaik.

 

Makanan #5 : Minyak Zaitun

Kurangkan pengambilan minyak sayuran, minyak bunga matahari dan minyak kacang kerana bahan-bahan ini boleh menyebabkan keradangan. Sebaiknya, amalkan beberapa sudu minyak zaitun untuk memasak dan membuat hidangan salad. Nak lebih baik lagi? Amalkan pengambilan minyak zaitun extra virgin yang kurang diproses. Ia juga merupakan salah satu sumber Omega-3 yang baik untuk tubuh.

 

Makanan #6 : Lentil & Kacang

lentil dan kacang

Kacang dan lentil terkenal dengan manfaat kesihatannya. Ia merupakan sumber protin, serat dan mineral terpenting untuk tubuh selain mempunyai sifat antioksidan dan anti-radang. Kacang hitam, lentil, kacang buncis dan kacang soya adalah sumber antosianin yang bagus untuk mengurangkan keradangan.

 

Makanan #7 : Bawang Putih & Sayur-sayuran Berakar

sayuran berakar

Bawang putih, bawang merah, halia dan kunyit mempunyai bahan anti-radang. Pelbagai kajian telah membuktikan bahawa sayur-sayuran dari jenis ini adalah sangat berguna dalam merawat gejala-gejala radang sendi dan masalah berkaitan sakit sendi. Masukkan sekali sayur-sayuran ini dalam masakan kita sebagai penambah rasa. Selain itu, boleh juga mengambil manfaat sayur-sayuran ini dalam bentuk suplemen.

 

Makanan #8 : Bijirin Penuh

bijiran penuh

Kajian menunjukkan bahawa protin yang terkandung dalam bijirin halus seperti roti putih, nasi putih dan pasta boleh mencetuskan keradangan dalam badan. Walau bagaimanapun, bijirin yang kaya dengan serat boleh membantu menghasilkan asid lemak yang dipercayai dapat mengatasi keradangan. Oleh itu, amalkan pengambilan bijirin penuh.

 

Makanan #9 : Air Rebusan Tulang

air rebusan tulang

Bahan seperti glukosamin, chondroitin dan asid amino boleh membantu memelihara kesihatan sendi, manakala kalsium pula adalah sangat penting untuk kepadatan tulang. Air rebusan tulang mengandungi semua bahan-bahan ini. Bahan seperti gelatin yang terhasil daripada tulang yang dimasak adalah menyerupai kolagen yang didapati secara semulajadi pada sendi, tendon dan ligamen kita. Ia dipercayai dapat mengurangkan sakit sendi dan meningkatkan fungsi pada pengidap atritis.

 

Makanan #10 : Coklat Hitam

coklat hitam

Coklat mengandungi bahan anti-radang iaitu koko. Koko mengandungi bahan antioksidan yang dapat mengatasi kecenderungan genetik terhadap rintangan insulin dan keradangan. Lagi tinggi peratusan koko dalam coklat, lagi tinggi kesan anti-radang.

Sungguhpun begitu, coklat juga tinggi dengan gula dan lemak. Sebaik-baiknya, pili coklat yang mengandungi sekurang-kurangnya 70% koko.

 

Kesimpulan

Telah kami kongsikan 10 makanan yang boleh mengurangkan sakit lutut. 

Selain daripada mengamalkan diet dan amalan pemakanan yang sihat untuk sakit lutut, anda boleh juga mengambil suplemen tambahan untuk membantu proses pemulihan lutut dan sendi.

Jika anda mencari suplemen untuk membantu merawati sakit lutut dan masalah sendi anda, kami sangat mengesyorkan ISILA.

Produk nutrisi tambahan ini adalah berasaskan kolagen type-2 yang terbukti berkesan untuk merawat masalah-masalah berkaitan sakit sendi, dan pada masa yang sama ia juga dapat membantu memperbaiki tulang rawan dan menambahkan pelincir pada sendi.

 

Nak tahu lebih lanjut tentang produk ini?

>>> KLIK SINI UNTUK TAHU LEBIH LANJUT TENTANG ISILA <<<

Jika anda rasakan artikel tentang tip sakit lutut ini bermanfaat, jangan lupa sharekan artikel ini untuk manfaat yang lain tentang tip sakit lutut.